skkk1.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skkk1@zoom-a.com

| PANORAMA | LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF SOKONGAN | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | PENTADBIR | BERITA BERGAMBAR | staf akademik skkk1 | BERITA TERKINI | ENROLMEN PELAJAR | Untitled | Untitled | BERITA BERGAMBAR | Untitled | AKTIVITI TAHUNAN HEM | KOKURIKULUM | KURIKULUM | MARQUEE | PIBG | PRA GEMILANG | SAMBUTAN HARI GURU | STAF AKADEMIK | STAF AKADEMIK | UNIT HAL EHWAL PELAJAR ( HEM ) | KEPUTUSAN UPSR |



SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(TN.HJ.MOHAMED B.CHE NOH)


Assalamualaikum Wrbkth.

Bismillah-hirrahmani-r-rahim,assalamualaikum w.b.t...

Pertama sekali saya panjatkan syukur ke hadrat illahi kerana mengurniakan kita Nur Islam yang mana dengannya kita mampu berdiri teguh dan manjadikan kita umat yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa laman web sekolah kerana telah menggembelingkan tenaga dan masa sehinggalah berjaya membangunkan laman web SKKK1 ini.Saya percaya dengan keyakinan yang ada,objektif dapat dicapai ke arah memantapkan pentadbiran sekolah kita dan seterusnya menjadi wadah ke arah dunia globalisasi tanpa sempadan.Adalah juga diharapkandengan adanya laman web ini akan menjadikan jambatan antara pihak sekolah dengan dunia luar,sekaligus memantapkan lagi pengurusan sekolah ini ke arah menjadikan kita semua insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

SKKK1 telah menempa nama dalam pelbagai bidang samada kurikulum atau kokurikulum.Kejayaan yang diperlihatkan itu merupakan lambang hasil usaha gigih dan kerjasama seluruh warga sekolah serta ibubapa ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan demi membangunkan sumber manusia yang bermula dari alam persekolahan lagi.Justeru, amat bertepatan sekali dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang merupakan agenda utama seluruh rakyat Malaysia.Saya amat berbangga berada bersama warga SKKK1 yang sentiasa berusaha dan bersedia tanpa mengira masa dan waktu demi untuk menjaga dan membela maruah sekolah.Akhir kata sekali lagi saya ucapkan syabas kepada jawatankuasa laman web sekolah dengan usaha dan tenaga yang dicurahkan untuk membangunkan laman web sekolah ini. " BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA "


 



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: